Monday 7 September 2009

Buat kuih raya

Musim cuti sekolah hari tu, kerja tahunan pun di mulakan. Maklumlah dah dekat musim raya. Kena lah buat kuih raya. Kuih yang memang tiap-tiap tahun mak aku buat ialah kuih bangkit. Asalah kuih bangkit je mesti ada muka aku. Mak aku nak buat sebab ramai yang bantu dia. Kami semuakan balik kampung.

Kerja aku yang biasa ialah pukul telur sampai kembang. Betul sampai kembang juga lengan aku dibuatnya. Mesin ada je tapi kalau pakai mesin mak aku cakap rasanya kurang sikit. Jadi kena juga tradisional walaupun teknologi dah canggih. Banyak juga telur tu. Ada 25 biji. Mau juga sejam.




Lepas tu time aku rehat lah pula. Mak aku yang campur-campur semua bahan dia. Dia uli2... sat je tu. Lepas tu kerja nak meleperkan uli tu. ha... itu kerja aku juga tu. ketebalan ikut citarasa. Adik beradik aku semua suka yang nipis tapi mak aku suka yang tebal. jadi kena buat ada tebal ada nipis. Pandai2 lah pilih kalau makan nanti. Lepas tu nek kena tekap pula. Itu semua kami yang buat. Mak aku tukang masak je. Aku siap pesan masak biar hangit2 sikit. Yang hangit tu lah sedap sebenarnya. Rangup lagi tu.... Emmmmm. Eh saya sedang berpuasa...



Ni lah sebahagian daripada hasil kerja ku. Ada banyak lagi sebenarnya. Ada satu tin besar. cukup lah stok 1 bulan.

Thursday 27 August 2009

Peperiksaan PTK

Hari ini 27 Ogos 2009 bersamaan hari Khamis. Hari ini juga adalah hari isteri aku mengambil Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) buat kali pertamanya. Dia menduduki ujian tersebut di SMK Tungku, Lahad Datu. Mudah-mudahan dia dapat keputusan yang baik untuk ujian kali ini. Semuanya kami berserah setelah bertungkus lumus membaca buku.

Oleh kerana aku belum boleh endaftar untuk menduduki ujian PTK maka tugas aku hari ini ada sebagai driver untuk isteri aku. Aku lah yang menghantarnya ke SMK Tungku. Tapi aku tak kisah sebab sebenarnya hari ni kami memang on the way balik ke Kunak. Yang menjadi halnya, aku ni kena menunggu hingga 3 jam sehingga dia habis ujian tersebut. Hemmmmm.... Nasib baik dekat sekolah ni ada wireless. Boleh juga aku layan internet sekejap. Ni tengah menulis ni sebenarnya tengah menunggu lah ni. Tak tau nak buat apa kan. Nak gi minum2 tengah puasa. takkan nak tidur kot. Nak sembang dengan cegu sorang tu dia tengah study pula. Tak baik nak kacau org tengah study. Layan bluse lah nampaknya.

Bateri aku tahan sejam je ni. Jadi lepas ni aku kena cari kerja lain lah pula untuk untuk terus tidak bosan menunggu. Layan handphone kot. Alamak... Isteri aku bawa pula HP N78. Kalau tak boleh juga buka internet guna hp tu. Hemmmmm... Sabar jelah.

Ketika ini aku dalam kereta ni. Parking ni dekat dengan bangunan pentadbiran. Jadi signal wireless boleh lah juga sampai walau pun low. Nasib baik juga dia tidak letak password nak connect ke wireless ni. Kalau macam sekolah kami tu, aku yang letak password. Bukan apa, nanti ada pula yang salah guna. Budak kami dah ramai yang ada laptop masing-masing. Di asrama tu ada je yang bawa. Lagi pun laptop sekarang ni dah murah.

Hemmm cukup lah kot setaka ni dulu. nanti kalau adacerita lagi aku tulis.

Wassalam...

Saturday 22 August 2009

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa buat semua pembaca blog. Sesungguhnya bulan Rahmat ini menjelma lagi. Jadi marilah kita semua rebut peluang yang ada. Tambahkan amalan yang kalau sebelum ni kita buat sikit, kita tambahkan lagi dibulan yang mulia ni.

Hari demi hari yang berlalu, semakin banyak pengalaman dan kejadian yang berlaku sepanjang ramadhan. Satu kejadian di kolej pada tahun 2001 telah menjadi ingatan sampai sekarang. Ini sikawan punya hal la ni. Dah lah kantoi tak gi terawih, jatuh pula dari bumbung surau kat kolej. Kalau jatuh kat jemaah lelaki tak apa. Ni jatuh bahagian jemaah perempuan. Gelabah gila si kawan ni. Bayangkanlah org tengah sembahyang tu, nasib la masa tu nak masuk rakaat seterusnya. Nasib tak jatuh atas org, kalau tidak macam mana la jemaah perempuan yang kena hempap tu. Masa tu semua org tegamam, nak gelak ke nak cakap ke, sepatah pun tak tekeluar. Jemaah lelaki pakat tetanya, apa yang jadi kat belakang. Mamat yang jatuh tu, dah tak ingat sakit dah, terus bangun. malu gile sebab jatuh kat bahagian jemaah perempuan. Bukan apa kalau jatuh kat tepi ke, luar ke tak la rasa sangat, ini jatuh kat betul2 bahagian tengah.Bila mamat tu dah keluar dari surau tu baru ada yang bersuara. Kalau tengok muka mamat tu mmg tak sampai ati nak gelak, tapi mmg tak leh tahan, semua org tegelak lepas tu. Itu la akibat kalau dah tekantoi terawikh. dah la tak pergi solat terawikh, pastu terkantoi pulak jatuh kat tempat jemaah perempuan.

Moralnya kat sini, kalau dah tak pergi solat terawikh tu cuba la cari kerja yang berfaedah sikit. Tapi nak buat macam mana dah nak jadi. Tak tau lah apa jadi kat mamat tu. sakit ke tidak kena la tanggung. Apa pun itu lah peristiwa yang mmg tak boleh lupa. Terutama sekali kat mamat tu la. Memang tak boleh lupa tu seumur hidup.

Tuesday 11 August 2009

Aku dan dia

Ramai kawan-kawan lama kami yang terkejut melihat kami bersama terutamanya kawan-kawan masa di U dulu. Masing-masing macam tidak percaya ini yang berlaku.

Sebenarnya, semasa kami belajar di UPM, kami duduk satu kolej kediaman. Walaupun demikian kami tidak pernah berkenalan pun. Dari semester pertama hinggalah semester akhir. Dan kami juga sama-sama dalam Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UPM. Mungkin di situ lah dia mengenali saya dan saya mengenali dia di Kolej lah sebab dia ni orang kuat di Kolej.



Tu nah dia di belakang
Kami tak pernah ada apa-apa pun masa tu. Bertegur sapa tu ada lah kot tapi tak ingat langsung. Jangan kan kata nak dating. Jauh sekali. Sembang berdua pun tak pernah. Bekerjasama pun tak pernah walaupun kami dalam satu kolej dan dalam satu persatuan. Pendek kata memang tak ada apa-apa langsung lah. Tau tau je dah kawin...

Ceritanya bermula apabila saya dah balik Sabah. Masa tu takde kerja lagi. Tengah cari kerja lah. Rajin lah buka internet ni. Konon nak cari kerja. Jadi saya rajin buka saya punya e-mail ni. Entah kawan mana yang rajin layan saya di e-mail masa tu. Saya tanya pasal kawan-kawan di kolej. Dia bagi lah beberapa no telefon termasuklah no telefon si Dia ni. Jadi mula lah agenda bermesej-mesej. Tak sangka rajin pula dia membalas. Apalagi dilayanlah. Konon nak berkenalan rupa-rupanya dia memang dah kenal saya dah pun.

Masa layan-layan tu, tau lah dia dah ada pakwe konon. Jadi saya tak takut sangat lah. Orang jauh tu. Tak terpikir pun nak mengayatkah apa kah. Tapi dia ni memang jenis kuat menyembang. Tu yang jadi cerita tu. Macam-macam hal di cerita. Tapi aku tak pernah sentuh pun pasal peribad kah apakah. Mula-mula aku ingatkan dia ni senior aku masa di kolej. Cerita punya cerita sama batch rupanya. Sama-sama lagi tu konvo. Jadi aku tengok balik video masa aku konvo memang betul ada juga dia masa tu. Tak perasan langsung.

Mula dari tu masuklah cerita peribadi sikit. Mula-mula tu ok lagi. Yang mula jadi serius aku rasa masa aku dapat mesej dari dia. Bunyi macam kecewa. Ni mesti ada hal ni dengan pakwe. Dilayan jak. Layan perasaan lah konon. Mungkin dia tak tau nak luah dengan siapakan. Aku lah pula jadi tempat mengadu. Ha... ada can nampaknya... Jadi mula lah sesi ayat-mengayat.

Cerita seterusnya di lain waktu....

Monday 9 February 2009

Bismillahirahmanirahim

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat yang dihormati.